Search This Blog

Akmal Shukor. Powered by Blogger.

Blogroll

About

Doa Perlindungan Diri & Keluarga

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (Bismillahil L...

Sunday, October 13, 2019

Doa Perlindungan Diri & Keluarga






بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.


Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad )



Semoga bermanfaat dan urusan kita semua dilancarkan . aamiin

Thursday, August 2, 2018

Hidayah Allah itu ibarat cahaya di atas cahaya.


Nurrun a'laa Nur( Cahaya di Atas Cahaya)

HambaNya yang menurut Undang-Undang dan PeraturanNya dengan penuh ketaatan telah diberi petunjuk seperti Cahaya di Atas Cahaya.  Subhanallah.

Allah SWT berfirman:

اَللّٰهُ نُوْرُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ   ۗ  مَثَلُ نُوْرِهٖ كَمِشْكٰوةٍ فِيْهَا مِصْبَاحٌ  ۗ  الْمِصْبَاحُ فِيْ زُجَاجَةٍ   ۗ  اَلزُّجَاجَةُ كَاَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُّوْقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُّبٰـرَكَةٍ زَيْتُوْنَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَّلَا غَرْبِيَّةٍ   ۙ  يَّـكَادُ زَيْتُهَا يُضِيْٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ  ۗ  نُوْرٌ عَلٰى نُوْرٍ   ۗ  يَهْدِى اللّٰهُ لِنُوْرِهٖ مَنْ يَّشَآءُ   ۗ  وَ يَضْرِبُ اللّٰهُ الْاَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ  وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ 

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

(QS. An-Nur 24: Ayat 35)

Sunday, July 29, 2018

Dunia yang sementara


Gambar hanya sekadar hiasan






Bak kata ustaz baru2 niee... buat apa mu dok simpan duit banyak2. Untuk anak cucu ustaz. Anak2 cucu mu ada rezeki masing2. Di usia tua, savings mu tak dapat menolong pun dalam kubur.
ADA DUIT - DERMA atau kembara lihat ciptaan ALLAH SWT
PESAN IBU YANG MEMBUAT SAYA TERSENTAK
"Ingat nak. Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.
Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.
Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.
Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri. Design rumah 30 tahun akan dtg tak sama dgn sekarang. Taknak mereka duduk rumah pusaka. Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.
Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka. Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah utk keluarga kita disyurga sana."
Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua. Allahuakbar!!!


P/S :

kisah ini saya copy paste daripada perkongsian di Facebook.
doakan semoga pemilik post ini mendapat pahala dan amal jariah yang berpanjangan. aamiin :) 

Wednesday, July 25, 2018

Saturday, July 21, 2018

Doa Bismillah 9 @ Hizib Al-Hafiz


“Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi” (Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)

“Bismillahi Jibril” (Dengan nama Allah, Jibril)

“Fi Yamini” (Pada kananku)

“Bismillahi Mikail” (Dengan nama Allah, Mikail)

“Fi Shimali” (Pada kiriku)

“Bismillahi Israfil” (Dengan nama Allah, Israfil)

“Fi Amami” (Pada hadapanku)

“Bismillahi Izrail” (Dengan nama Allah, Izrail

Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9.

Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki

Doa Mohon Lindung Daripada Dosa


Ini juga Doa Iftitah


 اللهم بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كما بَاعَدْتَ بين الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ اللهم نَقِّنِي من الْخَطَايَا كما يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ من الدَّنَسِ اللهم اغْسِلْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

Muttafaq Alayh 


Ya Allah JAUHKAN lah aku dengan kesalahanku sepertimana engkau jauhkan barat dan timur.

 Ya Allah BERSIHKAN lah aku dari kesalahan sepertimana engkau bersihkan baju putih dari kekotoran

 Ya Allah BASUHKANLAH lah segala kesalahan ku dengan air, salji dan sejuk.

 #Doaiftitah